Thursday, 29 April 2010

Pada hari ini


(mengapa tak ada orang ikat rambut macam ini lagi?)

Hari ini, saya akan guna Bahasa Melayu, OK?

Jadi rakyat Malaysia, hidup di dalam masyarakat yang berbagai kaum. Ada India, ada Cina, ada Melayu. Semua orang tahu lebih daripada satu bahasa. Tetapi yang tak bagus ialah pertuturan bahasa kami rojak sikit lah, ya?

Hari ini banyak orang sedih. Macam tak ada "mood". Ada yang nangis, ada yang muka masam. :( Ada pula yang menumpah perasaan marah dengan saya. Cis! Saya tak buat apa-apa pun! Benci orang mengamuk. Lepas itu, dia panggil nama saya tetapi saya mana mahu hirau lah!

Sekarang juga sedang hujan, tahu! Semalam Cheng How mengadu di Facebook tentang sistem kanteen yang baru. Pagi ini cikgu pun tanya tentangnya. Cikgu pun ada facebook, tahu?! Saya tak ada menjadi kawan dengan cikgu di dalam facebook... tak syok, macam diawasi....

Saya membaca buku cina. Yvonne cakap saya tak tahu baca! Cis! Saya memaksa dia dengar saya baca sekali! Alamak, kalau mahu tahu setakat mana pengetahuan bahasa cina saya, senang saja! Kalau kamu dulu belajar di Sekolah Kebangsaan Cina, maka pengetahuan bahasa cina saya setanding dengan pengetahuan Bahasa Inggeris kamu lah!

Okay kawan-kawan, sampai di sini lah! Suka tak Bahasa Melayu?

;D

No comments:

Post a Comment